Pengalaman ada helper Indonesai dan helper Philippines

 


Assalamualaikum & Hi Guys,

Harini saya nak share pengalaman adanya helper Indonesia dan helper Philippines, saya ambil maid ketika anak sulong berumur setahun lebih dan dan saya tengah pregnant anak no dua. Alhamdulillah bibik bertahan selama 6 bulan sahaja.

Bibik tak stay in dekat rumah, tapi saya ni dengan suami baik. Kami layan memang macam keluarga, nak makan apa nak beli apa jenis tak berkira just bagi je. Kalau keluar memang tak miss untuk bawa dia juga sebab nak jaga anak kan dengan saya pun dah sarat mengandung. Saya dan suami masih muda, saya je handle dan nampak apa dia buat dirumah dengan anak saya. 

Lagipun saya tak suka bila orang share tentang tak elok, mungkin itu yang membuatkan aura saya dan bibik tak serasi mahupun untuk meneruskan hubungan. Hihi, aceceh. Adalah cerita disebaliknya biarlah saya simpan aibnya.

Tapi waktu dia tinggalkan saya anak saya yang no dua dah lahir dan boleh berjalan dan bermain serta makan alhamdulillah syukur. Allah mudahkan urusan saya juga untuk handle mereka. 

Sebab saya dah ready mental dan fizikal kalau bibik nak berhenti. Lepas tu saya lah yang jaga anak-anak dengan kemas rumah dan memasak. Supermom kan, janji anak merapat dengan kita balik.

Then, saya dapat tahu saya pregnant anak no tiga pula, so kepala suami saya memang nak carikan helper. Tapi saya bagitahu suami saya nak Helper Philippine tak nak Indonesia, disebabkan pengalaman. Tapi insha'Allah kalau ditakdirkan juga dapat Indonesia lepas ni terpaksa lah saya terima juga, mungkin yang bakal datang tak sama dengan pengalaman yang pertama kan.

Okey kita sambung balik story bab nak helper from Philippine, alhamdulillah dapat tapiiiii...

Dapat yang merokok dan kristian pula 😅 alamak lemah pula semangat nak terima, yelah suami kita tak smoking nanti apa fikir keluarga masing-masing kan. Okey search lagi, dapatlah yang Muslim.

Tapi kalini Legal syukur, ambik dengan agency siap permit semua. Kos pun agak bukan biasa-biasa. Hihi nak anak belajar English, Fasih Berbahasa English mertua kata bayar je lagipun Muslim so yang suap anak makan tahu Bismillah. 😁

Nak tunggu dia sampai Malaysia memang bercinta juga, dalam 2 bulan juga tunggu dia sampai. Dapatlah Helper Philippine dan dia tak pernah kerja di Malaysia. First experience dia kerja di Dubai, so second with me. 

Ada juga saya tanya dia, "Why not continue work with ur bos?' Jawapan dia "Because salary not increase." Then syukur ni nak masuk tahun ke tiga dia dengan kitaorang, actually dia nak balik untuk holiday sekejap tengok mak dia tapi disebabkan Covid dia fikir nanti sukar nak datang lagi nak kena quarantine bagai. 

So ins'Allah lepas ni dia boleh balik jika keadaan mengizinkan. 

Macamana dia boleh kekal stay dengan saya, itu mustahil kan sebab yang pertama pun hanya 6 bulan yang ni stay in lagi boleh stay 3 tahun. saya tak pernah potong gaji dan saya jaga kebajikan dia. Alhamdulillah anak tiga orang memeng English ja cuma kadang Bahasa tu failed juga.😂

Kalau bab gaji dia kita bayar ikut USD bukan MYR tau. Start kerja gaji Rm1600 then now Rm1800 tak tolak apa, dan makan minum bagi, pakai apa bagi, top up nak call mak dia bagi saya tak minta satu sen kalau dia nak kirim saya beli barang di Shoppe. 

Nanti saya share next story lagi ya tentang Helper saya. Untuk yang nak Helper Philippine boleh lah jadikan panduan.


Comments

Popular posts from this blog

Welcome to my Blog.😘

My Old Blog