Apa itu Essential Oil from Young Living? EOYL
Assalamualaikum & Hi korang!
Lama betul Anne tak update blog ni, dah bersawang rasanya. Pasti insha’Allah lepas ni Anne akan update.
Oh ya, Anne nak share sedikit info tentang Essential Oil dari Young Living seen ramai yang nak menggunakan dan masih berfikir-fikir nak guna.
Essential Oil dari Young Living adalah pati minyak yang diestrak untuk mendapatkan minyaknya melalui proses penyulingan berwap (steam distillation), pemerahan tanpa haba (cold pressing) dan resin tapping. Essential Oil ni dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan semulajadi, melalui pelbagai sumber seperti bunga, semak, pokok, akar dan rimbunan tumbuh-tumbuhan.
Contohnya :
Lavender daripada Pokok Lavender
Peppermint daripada Daun Pudina
Copaiba daripada Pokok Copaiba
Frankincense daripada Arabic Gum
Minyak yang dihasilkan adalah 100% Pati dan Tulen malah ia mempunyai jisim molekul yang sangat halus bagi membantu menyerap masuk melalui kulit apabila disapu. Penyerapan melalui kulit ini akan menghala ke blood resistance system dan Essential Oil akan bertindak secara serta merta pada sistem badan yang bermasalah.
Essential Oil dari Young Living adalah 100% Pure Therapeutic, maksudnya disini Essential Oil yang pekat dan perlu didilute terlebih dahulu tau mengikut nisbah yang disarankan bagi setiap peringkat umur.
Sumber google : Young Living Page
Untuk pengetahuan korang, Young Living adalah syarikat terbesar dan pertama di dunia yang membekalkan dan menjalankan perniagaab minyak pati aromaterapi ni sejak 20 lebih tahun yang lalu, malah mempunyai ladang dan kilang pengestrakan sendiri di beberapa negara di dunia serta menawarkan ratusan koleksi Essential Oil sama ada single atau blend oil. Apa single dan blend oil tu.
Single Oil : Rosemary, Lemon, Sandalwood, Orange dan lain-lain
Single Oil ni minyak daripada ekstrak sahaja.
Blends Oil : Brain Power, Peace & Calming, Haven, Joy, Abundance
Blends Oil ni minyak campuran beberapa oil bagi meningkatkan kuasa (power) penggunaan.
Young Living kini telah mengembangkan perniagaan nya di Malaysia pada October 2014.
Young Living telah digunakan secara meluas di seluruh dunia dan diperakui di peringkat antarabangsa. Ianya bergred terapi (therapeutic grade) dan mempunyai kuasa penyembuhan semulajadi (natural healing power) yang sangat memberangsangkan kerana keupayaan molekulnya yang boleh memasuki blood resistance system di otak (blood brain barrier) seterusnya memberi kesan pada tubuh badan.
Essential Oil dari Young Living merupakan minyak pati yang lebih cepat bertindak dan ia sangat berkualiti tinggi sebab itu ia dipanggil :
SEED TO SEAL
Yang penting Essential Oil dari Young Living ni selamat untuk dimakan kerana ia 100% bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia.
Nanti Anne share lagi info untuk korang, stay tuned tau.π
Comments
Post a Comment